![]() |
| Laguna |
J.O.S. Kehidupanku.Fragmen 1-3
“Kau dan aku tiada berbeda.Kita
menghirup udara yang sama.”
J.O.S. Kehidupanku.Fragmen 1
Mentari pagi merangkak perlahan di ufuk timur.Kicau
burung melagukan simfoni alam.Ayam jantan berkokok di reban. Embun pagi yang
menumpang di daun, perlahan menyimbah bumi .Hidup. Aku masih lagi hidup.
Perlahan aku menarik nafas.Dalam-dalam.kemudian kuhembus perlahan. Ku diam sejenak.
Berdoa di dalam hati. “Terima kasih Tuhan kerana memberiku satu hari lagi.Dan
ku berharap ia menjadi perangsang kepada diriku.” Semalam adalah sejarah. Hari
ini adalah realiti. Dan esok adalah misteri. Tidak siapa tahu akan nasibnya
esok hari. Namun, hari ini dapat memberi bayangan apa yang akan terjadi esok
hari. Aku kemaskan tempat tidur.Bantal, selimut kususun rapi. Si Labang
berkokok lagi. Amat setia Si Labang dengan tugasnya. Membangunkan aku setiap
pagi. Aku segera mencapai tuala dan menuju bilik mandi.Seperti biasa, memberus
gigi dan kemudian mandi. Selesai mandi, aku mencapai baju dan seluar di dalam
almari.Kuambil jam tangan di meja. Kemudian , sikat rambut. Hari ini hendak
cuba fesyen belah tengah. Lama juga memerhatikan wajah di cermin. Terlupa pula
untuk mencukur misai dan jambang. Nampak tidak kemas. Tapi, kalau lama-lama
diperhatikan agak menarik juga. Nampak lebih matang dan tegas. Cukuplah
bercermin. Aku kemudiannya pergi ke dapur. Menjerang air panas. Pagi ini rasa
hendak bersaparan telur separuh masak dan kopi campur susu. Selesai sarapan,
sesaat aku melihat jam di tangan. Dah hampir waktu aku bekerja. Aku segera mengambil kunci motorsikal yang
tersangkut di dinding. Kemudian, mengenakan stoking dan kasut kerja. Bergegas
ke arah motorsikal kapcai warna hitam dan menghidupkan enjin. Kakiku menekan
gear satu dan motosikal mula bergerak. Sambil merenung ke atas sejenak dan
memerhati mentari yang semakin meninggi. Udara pagi yang cukup menyamankan.
Selamat pagi semua. Oh, ya. Namaku Laguna. Aku bermain dengan minyak hitam dan
‘spark plug’.
Bersambung Fragmen 2...
J.O.S. Kehidupanku. Fragmen 2
Setibanya aku di tempat kerja, kulihat
Ward juga sudah sampai. Dia senyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Aku
parkir motosikalku. Sebaik sahaja aku membuka helmet, aku mengeluarkan sikat
dari saku seluar. Aku memandang cermin motosikal sambil merapi dan menyikat
rambutku. Selesai bersikat aku mendongak. Perbuatan aku menarik perhatian Ward.
Dia memandang wajahku sambil berkata, “Wah, stail rambut baru ke? Belah tengah
you...”Aku tertawa dan membalas kata-katanya. “Cuba stail baru pulak kali ni.”
“Tapi, ada kurang sikit.Sebab kau tak bercukur.Kalau bercukur lagi kacak,”kata
Ward lagi. “Oh, itu.Aku terlupalah.Lagipun aku tengok kat cermin tadi macam ni
pun bagus juga,”balasku. Tauke belum datang lagi. Aku dan Ward lepak sekejap
sementara menunggu bengkel dibuka. Hari ini seperti hari-hari sebelumnya. Pasti
ramai yang akan mengunjungi bengkel sebentar lagi. Aku dan Ward memerhati
sekeliling. Kemudian, kami saling berpandangan. “Mana Kiros? Dia belum sampai
lagi ni?tanya Ward kepadaku.”Entahlah.Tak pernah dia datang lambat,”kataku.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta. Sebuah kereta Toyota Corona warna
putih parkir tidak jauh dari tempat aku dan Ward melepak. Seorang lelaki
separuh usia keluar dari perut kereta.Perlahan, dia menutup pintu kereta. “Kamu
dua sajakah? Mana Kiros? Belum datang lagi?”tanya lelaki itu. “Tidak tahu, Tauke.
Belum nampak dia lagi,”ujar Ward. “Guna, awak telefon dia dulu. Cuba tanya di
mana dia sekarang,”pinta Tauke Lim. Sedang aku ingin mendail nombor dan
menelefon Kiros, telefon aku berbunyi. Kulihat nama Kiros pada skrin telefon.
Cepat-cepat aku sahut. “Helo?Ha, di mana Kau Kiros? Tauke cari kamu
ni,”tanyaku. Tidak lama aku tersentak. “Apa?! Ayah kamu pengsan!?” Ward dan
Tauke Lim terpinga mendengar suaraku yang agak nyaring. Aku memandang Ward dan
Tauke Lim. “Ayah dia pengsan, tauke. Sekarang ambulans bawa ke
hospital,”kataku. Tauke Lim terdiam. Tidak lama, dia bersuara. “Guna, Ward.
Cepat,mari kita pergi hospital,” ajak Tauke Lim. “Tapi, macam mana bengkel?”
tanyaku. “Ya, Tauke.Macam mana bengkel?” kini giliran Ward pula bertanya. “Kita
pergi hospital dulu. Nanti kita buka bengkel.Kalau tak dapat juga, kita tutup
hari ni,” ujar Tauke Lim. Aku dan Ward cepat-cepat masuk kereta Tauke Lim.
Enjin kereta dihidupkan. Dan kereta bergerak pantas menuju hospital.
Bersambung Fragmen 3...
J.O.S. Kehidupanku. Fragmen 3
Sesampainya kami di hospital, kami
terus menuju ke arah wad di mana ayah Kiros ditempatkan. Dari jauh aku terlihat
Kiros menemani ayahnya. Kiros terpandang kami. Dia melambaikan tangannya. Di
samping ayahnya terdapat beberapa orang lagi. Mungkin sanak-saudara. “Kiros,
bagaimana keadaan ayah kamu?”tanyaku. “Sekarang ni dah baik. Dia tengah
berehat,”jawab Kiros. Pandanganku terarah ke ayah Kiros. Aku lihat dia masih
tertidur. “Doktor cakap apa?” tanya Tauke Lim pula. “Doktor sudah periksa. Dia
kata ayah saya kena serangan jantung.Nasib baik terus dibawa ke hospital. Kalau
tidak, tidak tahulah apa hendak jadi,”kata Kiros. “Nasib baik tidak ada
apa-apa,” kata Ward. “Oh ya, kenalkan ini pakcik dan makcik saya. Yang ini anak
mereka,” Kiros memperkenalkan kami kepada ahli keluarganya. “Selamat pagi,
pakcik dan makcik,”kata aku dan Ward. “Selamat pagi,” jawab mereka. Tauke Lim
menghulurkan tangannya dan bersalam dengan pakcik Kiros. Agak sibuk keadaan di
wad walaupun masih pagi. Kelihatan beberapa orang doktor menguruskan pesakit di
bawah jagaan mereka sambil ditemani oleh jururawat. Seorang doktor lelaki muda,
dalam lingkungan 20-an menghampiri kami. Dia melihat laporan kesihatan ayah
Kiros. Tangannya mencatat sesuatu pada kertas.Dia kemudiannya memandang Kiros.
“Boleh saya cakap dengan awak sebentar?” tanya doktor itu. “Ya, doktor,” jawab
Kiros. Doktor itu mengajak Kiros ke kaunter. Kiros berbual-bual dengan doktor
itu. Kami memandang ke arah mereka. Aku cuba untuk menangkap perbualan di
antara Kiros dan doktor itu. Aku lihat doktor itu menepuk bahu Kiros. Kiros
menunduk. Dari riak wajah Kiros, aku lihat ada sesuatu yang kurang baik. Aku
mengalihkan pandanganku ke arah ayah Kiros yang masih tertidur. Aku lihat
garis-garis usia di wajahnya. Seingat aku ayah Kiros berusia 60 tahun.
Kesakitan jelas terpancar di wajah ayah Kiros. Kasihan pakcik, kataku dalam
hati. Sesaat aku tersedar sesuatu. Seorang jururawat memerhatikan aku dari
tadi. Sekilas, aku memandang ke arahnya. Jururawat cina itu tersenyum kepadaku.
Aku membalas senyumannya. Cantik, fikirku dalam hati.Tidak lama, jururawat cina
itu beredar dari situ.
Bersambung Fragmen 4...
Sign up here with your email

1 comments:
Write commentscepatin ya ,bikin fragmen baru ...
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon