Lari Nail Lari (Di Penghujung Waktu) Fragmen Terakhir...
“ Malam yang sunyi tanpa suasana yang gelap adalah
perasaan yang gagal.”
“ Christine, hidup aku ibarat ke neraka, dan yang
mendorong aku pergi jauh dari sini adalah ingatanku bersamamu. Ingatan itu
tetap kekal dan segar, Christine.Itu yang melegakan….” Nail melangkah perlahan
meninggalkan Christine yang masih termangu.Ranting kayu yang dipegangnya dilepaskan ke tanah. Angin petang menyapu lembut
rambut Christine, menutupi sedikit wajahnya. Christine membiarkannya saja.
Christine menganggap aku seperti magik.Seorang
pelindung yang sentiasa berada di sisinya.Bagaimana mampu aku mengucapkan
selamat tinggal kepadanya?Christine, terima kasih…
Nail menuju ke arah Corolla Altis Black
Mica,miliknya.Pintu kereta dibuka perlahan.Christine sekadar memerhati dari
jauh. Seakan kaku dan membiarkan sahaja Nail berlalu pergi.Nail, mengapa kau
mesti pergi? Bukankah kau seharusnya melindungiku? Getus hatinya.Sempat, dia
melihat wajah tenang Nail sebelum lelaki itu memasuki perut kereta, dan
kemudian menutup pintu.Christine merasa ada genang di kolam matanya.Sedaya dia
cuba untuk menyeka, namun dia tidak mampu.
“ Simpanlah air mata untuk lelaki yang
disayangi.Sampai saatnya, barulah kau menitiskannya,”
Tiba-tiba, hatinya berkocak bimbang. Christine
teringat akan kata-kata Nail. Nail…
Saat Nail menghidupkan enjin kereta, dia terdengar
suara bercampur-baur di mindanya.Dan kemudian amat hampir, bergema di gegendang
telinganya.
“Ampunilah perbuatan kami dari dahulu hingga kini.”
Christina…
Keboooommm!!!
“Simpanlah air mata untuk lelaki yang
disayangi.Sampai saatnya, barulah kau menitiskannya. Terima kasih,
Christine.Terima kasih..."
ConversionConversion EmoticonEmoticon