Awan
berarak perlahan. Senja merah di kaki langit. Sekawan burung pulang ke sarang.
Suasana di atas perbukitan itu nampak sepi. Namun, ada sebatang tubuh duduk di
situ. Dia memandang mentari senja. Kemudian, dia mengusap rambutnya. Tidak
lama, dia merapatkan jemarinya. Diam dan berdoa. Agak lama juga. Tidak lama,
dia berdiri. Dia menadah tangannya ke langit.Memejamkan mata. Deru angin menerpa
wajahnya. Air matanya mula menitis menuruni pipi. Tuhan, terimalah penyerahanku
ini. Jesus, aku percaya akan Dikau. Selamatkanlah aku daripada api neraka. Hanya
melaluimu sahaja aku boleh syurga. Terlalu banyak dosaku, Oh Tuhan. Dapatkah
aku diampuni? Lelaki itu menyapu wajahnya. Dia masih lagi menangis. Hatinya
amat sebak. Sesaat, dia merasakan tubuhnya kesejukan. Dia menggigil sekejap.
Tubuhnya seakan diresapi oleh sesuatu. Sejuk yang amat di dada. Tiba-tiba, dia
merasakan dirinya didakap dari belakang. Hatinya tertanya-tanya. Dia tidak
berani menoleh ke belakang. Namun, dia cuba melihat ke tanah. Dia melihat
bayangan yang bersayap diterangi cahaya. Bayangan itu seperti berkata kepadanya, “Jangan bimbang, aku akan
menjagamu.” Lelaki itu menangis lagi.Dan kesejukan semakin menggigit tubuhnya.
Sejuk yang mendamaikan...
Holy
Michael, the Archangel, defend us in battle. Be our safeguard against the
wickedness and snares of the devil. May God rebuke
him, we humbly pray; and do you, O Prince of the heavenly host, by the power of God cast
into hell Satan and
all the evil spirits
who wander through the world seeking the ruin of souls. Amen.
Bersambung
Fragmen 2...
Nantikan Fragmen 2 tidak lama
lagi...
Sign up here with your email

ConversionConversion EmoticonEmoticon