Derita Lara Seorang Penyair... Ini adalah sipnosis cerita.
Selamat membaca.
Pada zaman dahulu, di
sebuah negara air tinggal seorang penyair dengan isteri dan seorang anak
perempuannya. Dia ialah seorang penyair yang terkenal dengan kebijaksanaannya.
Dia amat disenangi oleh semua penduduk di negara air. Namun, negara air
diperintah oleh seorang raja yang kejam dan zalim. Suatu hari, raja yang
berniat jahat ini memberi perintah kepada penyair supaya menulis sebuah puisi
kesedihan atau ratapan. Sekiranya dia tidak berjaya menghasilkan puisi itu, dia
akan dipancung. Tidak pernah mengenal erti kesedihan, penyair itu tidak mampu
menulis puisi itu. Setiap hari dia mencuba untuk menulis, namun tidak berjaya.
Melihat keadaannya itu, isterinya memutuskan untuk memperlihatkan kepadanya
kesedihan dengan cara yang sangat dramatik iaitu dengan menghunus pisau ke
dadanya sendiri. Penyair itu melihat isterinya membunuh diri di hadapannya yang
akhirnya menjadikan penyair itu memahat kemurungan. Dia berjaya menghasilkan
sebuah puisi ratapan dan membacakan puisi itu kepada raja yang kejam dan
zalim.Raja itu tidak dapat menanggung derita mendengarnya yang akhirnya membawa
kepada kematian raja. Dan kemudian, setiap hari penyair itu membaca puisi
tersebut yang menjadikan seluruh negara dalam keadaan kemurungan. Selepas
beliau meninggal dunia, penduduk menarik nafas lega. Sehinggalah anak penyair
menggantikan tempat ayahnya untuk membaca puisi. Sejak itu, setiap sepuluh
tahun seorang gadis yang baru dipilih untuk membaca puisi harian supaya bandar
itu tidak pernah lupa akan kesedihan yang ditanggung oleh penyair.
ConversionConversion EmoticonEmoticon