Cinta Adalah...(Love Is)~ Sipnosis
Cinta Adalah... (Love Is...) ialah sebuah cerita
yang berkisar tentang cinta dan persahabatan. Cinta Adalah... atau tajuk
asalnya Cinta Adalah : Buat Apa Saja Yang Difikirkan Perlu ditulis kerana aku
merasakan cinta dan persahabatan ibarat ikatan yang tidak terpisahkan. Dalam
Cinta Adalah...(Love Is...),watak
utama dipegang oleh Erin Erina dan Vincent Tan. Erin Erina asalnya ialah
seorang gadis yang ceria dan suka berjenaka serta tidak pernah lekang dengan
senyum tawa dan usik manja. Seorang yang meminati muzik dan mahir menggunakan
gitar akustik. Baginya, setiap manusia ada cara untuk meluahkan perasaan dan
Erin Erina menemukannya dalam bait-bait lagu.Sewaktu di sekolah menengah, Erin
Erina telah menghasilkan sebuah lagu yang berjudul “My Magical Journey” . “My
Magical Journey” dihasilkan dengan bantuan Vincent Tan. Vincent Tan ialah ketua
pancaragam dan konduktor koir di sekolah. Vincent Tan, lelaki Cina yang aktif
bermuzik ialah seorang yang naif dan lurus. Tidak banyak bercakap, namun dialah
pencetus idea muzikal di sekolah sehingga digelar Maestro Vincent. Boleh
bermain hampir kesemua alat muzik, namun lebih meminati biola. Vincent Tan
menyimpan perasaan terhadap Erin Erina dan tertarik kepada gadis itu buat
pertama kalinya apabila Erin Erina berpindah ke sekolah tersebut. Apa yang
membuatkan Vincent Tan tertarik ialah Erin Erina telah membawa gitar akustik
bersama dengannya dan menyanyikan sebuah lagu yang berjudul “Nice To Meet You”
sebagai salam perkenalan buat rakan-rakan. Persembahan Erin Erina mengagumkan
semua orang. Cikgu Gordon, guru kelas dan juga guru muzik terpegun dengan bakat
yang ada pada Erin Erina. Cikgu Gordon mencadangkan Erin Erina untuk menyertai
Kelab Muzikal Sekolah tetapi Erin Erina menolak dengan alasan dia ingin bebas
bermuzik dan tidak mahu terikat dengan Kelab Muzikal Sekolah. Cikgu Gordon
terkilan dengan jawapan Erin Erina namun menerima keputusan tersebut dengan
hati yang terbuka. Jawapan Erin Erina itu menyebabkan Vincent Tan hampa kerana
dia ialah Pengerusi Kelab Muzikal Sekolah dan tentunya keputusan yang dibuat
oleh Erin Erina menyukarkannya untuk mendekati gadis itu.Tapi, bagaimana
akhirnya mereka boleh menghasilkan “My Magical Journey” bersama?
Cinta Adalah...~ (Fragmen 1)
“Jangan, Erin. Jangan buat macam ni.” Am cuba
menghampiri Erina.Erina semakin menjarakkan diri. Menghampiri balkoni.Di
tangannya sebilah pisau kecil. “Tenang, Erin.”Ronny cuba menenangkan
keadaan.Erina menangis.Terketar-ketar,me ndekatkan pisau ke pergelangan
tangan. Ingin mengerat. “Erin...ingat tak masa kita pergi berkhemah dulu?Yang
kau cuba hidupkan kayu api tapi tak dapat-dapat?Masa masak nasi kau terlebih
air pulak.Kan Ronny?” “A’ah,aku saja yang sanggup habiskan semua bubur
tu.”Ronny cuba untuk bergurau.Erina masih teresak-esak.Pisau mula dijarakkan
sedikit daripada pergelangan tangan. Erina terduduk.Tangannya masih menggenggam
pisau namun sedikit dikendurkan. “Erin...beri pisau tu kepada aku.”Am semakin
menghampiri.Membongkok perlahan. “Erin...”Erina melepaskan pisau.Perlahan-lahan
Am mengambil pisau yang dijatuhkan.Memberikannya kepada Ronny. Erina menunduk .
“Kenapa,Erin?”Erina masih terdiam.Sedunya beransur reda. “ Tolong aku, Am.”
Erina mula bersuara. “Apa masalah kau,Erin?”Am memandang Erina .Cuba
mendapatkan jawapan. “Am, aku...aku...aku..." Erina mendapatkan Am.Memeluk
lelaki itu.Erat.Erina menangis lagi.Am memandang Ronny.Ronny pula melihat pisau
yang telah diambil daripada Erina.Ronny terduduk.Mengeluh kesal.Erina...kenapa?
Apa yang telah terjadi sebenarnya?
Bersambung fragmen 3
Cinta Adalah...~ (Fragmen 2)
Am memimpin Erina ke sofa. Ronny pergi ke dapur,
membuat segelas susu panas. Dapur Erina bersih saja. Teratur dan rapi, tidak
menggambarkan dirinya yang sedang berkecamuk sekarang. Pisau yang diambil
daripada Erina disimpan kemas. Ronny terlihat masih ada beberapa bilah pisau di
rak. Erina mengatur rambut dan menyeka air mata yang masih bersisa. “Am, beri
aku tisu.”Erina meminta tisu. Memandang Am sekejap, dan cepat menunduk.Mungkin
malu Am melihatnya dalam keadaan begitu. “Mana?” Am bertanya kepada Erina.Matanya
memerhati sekitar ruang tamu.Kalau-kalau ada tisu diletakkan.
“Dapur.”Erina menjawab ringkas. “Ronny, ada tisu
kat situ tak? Bawa sekali.”Am keberatan untuk meninggalkan Erina. “ Baik.
”Ronny menjawab ringkas. Ronny pening sendiri. Banyak benda berbahaya di dapur.
Ingin saja dia menyembunyikan semuanya. “Huh,”Ronny mengeluh lagi.Dia berharap
agar emosi Erina sudah terkawal.
Tak lama, Ronny keluar membawa segelas susu panas
dan sekotak tisu.Memberikan kotak tisu kepada Am. Am menghulurkan kotak tisu kepada
Erina. Erina mengambil beberapa helai.Menyapu wajahnya yang membasah. Tisu yang
sudah terguna diletakkan di tepi. Ronny menghulurkan gelas yang berisi susu
panas kepada Erina. “Hati-hati, panas...”Ronny mengingatkan Erina. Erina
menghirup sedikit.
Am memandang Ronny.Memberi isyarat supaya menjaga
Erina sebentar. Ronny mengangguk tanda faham.Am menjarakkan diri. Mengeluarkan
telefon bimbit dari saku seluar. Mendail. Menunggu panggilannya dijawab.
“Hello,Isabel.”
“Hello.Hi, Am.”
“Boleh datang sini, tak? Rumah Erina. Aku perlukan
bantuan kau.”
“ Rumah Erina?Sekarang? Ada apa, Am?”
“Nanti aku jelaskan.Cepat iya...”
“ Baik, Am”
Am menyimpan semula telefon bimbitnya.Perlahan, dia
menuju ke arah Erina. Mengambil ruang kosong di tepi Erina. Memandang Erina.Tak
lama,air mata Erina mengalir semula.Am melihat jam di tangan. Merapatkan kedua
belah tangannya.Cepat, Isabel...
Bersambung fragmen 2..
Cinta Adalah...~ (Fragmen 3)
Ronny berdiri di muka pintu. Kacau sedikit
fikirannya. Dia tidak menyangka Erina yang dia kenal, ceria dan suka berjenaka
sanggup melakukan perkara seumpama itu.Dengan tangan yang masih sedikit
ketar,Ronny mengeluarkan kotak rokok daripada saku seluarnya.Dia ingin
menenangkan fikiran. Diambilnya sebatang dan cuba dinyalakan. Perbuatannya terhenti
apabila melihat kereta mendatang. Tahu benar dia siapa pemilik kereta itu.
Rokok yang cuba dinyalakan disimpan semula dalam saku baju.Isabel keluar dari
kereta. Ronny cepat-cepat menuju ke arahnya. “ Isabel.”Ronny memulakan bicara.
“Eh, Ronny! Apa halnya ni?"Isabel mula bertanya. Dia memandang wajah
Ronny. Seakan dapat membaca, Isabel mengagak ada sesuatu yang tidak
kena."Erina nak bunuh diri."Spontan,Ronny menjelaskan apa yang telah
berlaku."Apa?! Mana Erina sekarang!?"Isabel terkejut.Dia segera
bertanyakan Erina.Ronny serba salah dengan penjelasannya.Dia pasti tahu akan
reaksi Isabel.Kenapa dia segera memberitahu?Ronny semakin resah.
“Ruang...”Belum sempat Ronny menghabiskan kata-kata,Isabel merempuh Ronny.Ronny
tertolak ke tepi.Isabel dengan pantas menuju ke arah pintu.Ronny masih tercegat
seperti orang dungu.Buntu.Ronny menyapu mukanya dengan tangan.Am, maafkan
aku.Aku..Aku takut
Bersambung fragmen 4..
Petikan Fragmen Lain...
Am membuka pintu bilik. Dia memasuki ruang itu
dengan rasa memberat. Am membuka suis lampu, kemudian mendekati katil.
Menghempas punggungnya perlahan ke tilam. Melepas cermat kaca matanya, diletak
bersebelahan dengan bantal, di sisi kiri. Selalu begitu. Walau risikonya untuk
pecah memang tinggi, namun ia tidaklah setinggi bahaya yang hampir menempah
nyatanya.
Am merebahkan diri ke tilam. Sedaya dia cuba
mengatur pembaringan. Terlentang, miring, nampaknya dia gagal untuk menenangkan
diri. Kenapa semua ini harus terjadi? Erina, gadis yang cukup terkenal sewaktu
di sekolah menengah. Ceria, lincah, tidak kering dengan gurauan dan usik manja.
Am masih ingat lagi, Erina pernah membuat persembahan solo akustiknya semasa
sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Erina membawa lagu, “My Magical Journey”.
Liriknya tercipta asli oleh Erina sendiri. Melodinya juga disusun cermat oleh
Erina, sambil dibantu oleh Vincent Tan, ketua pancaragam dan konduktor koir.
Vincent, lelaki Cina yang aktif bermuzik, adalah
seorang yang naif dan lurus.
Tidak banyak bercakap, namun dialah pencetus idea
muzikal di sekolah, sehingga diberi gelaran Maestro Vincent. Karya-karyanya
menggetar rasa, mengubat jiwa. Sebenarnya, dalam diam Vincent menyimpan
perasaan terhadap Erina. Sedikit cuma yang tahu akan hal ini. Hanya dua , Am
dan Ronny. Dua orang yang sentiasa membantu dan mendorong Vincent dalam
penghasilan karya-karyanya. Am, memberi gambaran dan ekspresi kepada Vincent,
kemudian Vincent menterjemahnya dalam nota muzik. Ronny, cuba-cuba menyanyikan
lirik yang dikarang oleh Vincent, di samping sering memberi kata-kata semangat
kepada Vincent.
Vincent ialah ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.
Pernah suatu ketika, Vincent berhasrat untuk menukar keahliannya kepada
Pengakap untuk mendekati Erina. Ini kerana Erina ialah seorang ahli Pandu
Putri, dan kebetulan Pandu Putri selalu mengadakan perkhemahan bersama dengan
Pengakap. Namun, hasratnya terbatal setelah dinasihati oleh Am dan Ronny. Bagi
Am, Vincent lebih menyerlah dalam Bulan Sabit Merah Malaysia, dan ia bukan satu
keputusan yang bijak daripada seorang yang cerdik dan pandai seperti Vincent.
Ronny menyedarkan Vincent bahawa Bulan Sabit Merah Malaysia memerlukan
kepakarannya, dan untuk mendekati Erina, Vincent boleh menggunakan pendekatan
lain. Peluang menghasilkan “My Magical Journey” bersama dengan Erina adalah
sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh Vincent.
Semacam satu rahmat, segalanya berjalan dengan
lancar. Kata Vincent, Erina ada mengajaknya bersama untuk membuat persembahan.
Namun, Vincent menolak dengan alasan “My Magical Journey” lebih indah,artistik,
dan penuh penghayatan sekiranya hanya Erina yang membawanya. Pada hari
persembahan, “My Magical Journey” tidak menghampakan. Sangat tidak. Petikan
halus gitar oleh Erina, diiringi suara yang mendayu, mendamaikan hati segenap
warga sekolah. “My Magical Journey”, suara hati Erina, dan pendaman rasa
Vincent. Di mana Vincent? Sejenak, Am cuba menemukan jawapan terhadap persoalan
itu. Ya, di mana lelaki itu sekarang?
Bersambung...
Sign up here with your email

1 comments:
Write commentsBoleh tahan.teruskan usaha
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon