Pergilah Dandelion
(Hidup Ini Adalah Perantauan)
Ada orang dalam hidupnya suka merantau.
Mencari pengalaman dan meneroka persekitaran yang baharu. Tiada yang
menghalang. Pergilah melata ke mana sahaja. Pergilah ke mana yang anda suka.
Asal tahu akar umbi diri. Tunjang yang perlu dipasak kuat di dalam diri. Sebab
itulah mungkin ada yang berkata hidup di tempat yang dugaannya lebih besar dan
di sekelilingnya mencabar keimanan; akan melahirkan orang yang lebih kuat dalam
mendepani dugaan berbanding orang yang sentiasa dilimpahi persekitaran yang
aman dan dugaan-dugaan kecil. Pun; kalau orang itu kuat imannya dalam menepis
petaka malang yang menjarah diri.
Jadilah seperti
dandelion. Dihembus orang terbang bebas ke pelusuk, akhirnya tumbuh menjadi
yang baru; lebih baik dan penuh pengalamannya. Begitu juga dengan kita. Lewat
diri mengerti bahawa kita perlu sentiasa sedar akan asli diri yang tidak pernah
pudar.
p/s : kata-kata dipetik daripada seorang blogger yang kini menyepi...
Sign up here with your email

ConversionConversion EmoticonEmoticon